Rawatan Lupus Eritematosus: Bagai Menjinak Serigala Norella Kong Chiew-Tong

ISBN:

Published: 2009

Paperback

66 pages


Description

Rawatan Lupus Eritematosus: Bagai Menjinak Serigala  by  Norella Kong Chiew-Tong

Rawatan Lupus Eritematosus: Bagai Menjinak Serigala by Norella Kong Chiew-Tong
2009 | Paperback | PDF, EPUB, FB2, DjVu, AUDIO, mp3, ZIP | 66 pages | ISBN: | 10.17 Mb

Sistematik Lupus Eritematosus (SLE atau LUPUS) merupakan suatu penyakit autoimun kronik yang sering ditemuai di Malaysia, dalam anggaran 11,000 pesakit SLE terutamanya dalam kalangan wanita berusia 15-45 tahun tanpa mengira kaum. Gejala-gejala rumitMoreSistematik Lupus Eritematosus (SLE atau LUPUS) merupakan suatu penyakit autoimun kronik yang sering ditemuai di Malaysia, dalam anggaran 11,000 pesakit SLE terutamanya dalam kalangan wanita berusia 15-45 tahun tanpa mengira kaum. Gejala-gejala rumit SLE dicetuskan oleh pengaktifan sistem pertahanan diri sendiri yang merembeskan pelbagai autoantibodi kepada kulit, sendi, membran serosa dan kerap kali diikuti dengan buah pinggang, otak dan system pendarahan.

LUPUS berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud ‘serigala’ kerana jika tidak diubati, pesakit kelihatan seperti diserang oleh serigala. Etiopatogenesis SLE melibatkan gen-gen tertentu, jantina ( perempuan), jangkitan virus, kekurangan komplemen semula jadi, cahaya ultraungu dan stres. Kompleks antigen-antibodi akan merangsangkan turutan radang yang akan menyebabkan kerosakan kekal pada organ dan juga membawa maut.

Oleh kerana SLE/Nephritis Lupus (NL) adalah penyakit yang berulang-ulang (relapse-remission), penanda-penanda awal seharusnya dikesan secepat mungkin. Walaupun didapati beberapa subset limfosit dan sitokin radang berkaitan dengan aktiviti penyakit SLE, tetapi ujian-ujian tersebut tidak kos-efektif. Pada zaman sebelum adanya ubat steroid, pesakit SLE yang serius mempunyai jangka hayat kurang lima tahun dan yang menghidap NL pula kurang dua tahun. Walaupun penggunaan ubat steroid secara kronik banyak kesan sampingan, kortikosteroid masih menjadi ubat utama dalam rawatan SLE/NL.

Rawatan penyakit ini mengandungi tiga fasa – permulaan, pengukuhan dan pengekalan. Di Pusat Perubatan UKM, pesakit-pesakit dirawat dengan agen-agen imunosupresif secara berperingkat (seperti cyclophosphamide, cyclosporine A, mycophenolate mofetil atau azathioprine) di samping penggunaan plasmaferesis atau imunojerapan bagi menapis keluar autoantibodi-autoantibodi berlebihan. Ini diikuti dengan infuse immunoglobulin. Lebih kurang 86 % pesakit dapat dirawat dengan jayanya melalui kaedah tersebut.

Pesakit-pesakit yang tidak terkawal atau relaps boleh dirawat dengan kaedah tersebut sekali lagi atau dengan antibodi monoclonal seperti rituximab. Pemindahan sumsum tulang dan sel-sel stem masih di peringkat kajian.

Kemandirian pesakit SLE/NL telah meningkat kebelakangan ini dengan tertubuhnya pusat-pusat SLE/NL. Selian daripada kemajuan perubatan dan teknologi, pendidikan dan kaunseling terhadap doktor dan para pesakit serta peningkatan kefahaman dan masyarakat turut membantu. Buat masa ini, ‘sang serigala’ (LUPUS) dapat dijinakkan. Namun, usaha untuk membanteras ataupun menghapuskannya memerlukan lebih banyak masa, tenaga, kewangan dan kajian yang lebih mendalam.



Enter the sum





Related Archive Books



Related Books


Comments

Comments for "Rawatan Lupus Eritematosus: Bagai Menjinak Serigala":


mojechoszczno.pl

©2013-2015 | DMCA | Contact us